Sunday, December 27, 2009

STraWBerry





Cantik tak buah-buah strawberry ni...hahaha dah dua tiga hari aku dok melilau kat 'supermarket 'mencarinya...lelah tau aku mencarinya...Pi Pi rak kosong..manalah semua buah stawberry ni hilang..takkan kot lori strawberry pun terbalik gak..risau aku..ada 2 order kek stawberry ujung minggu ni...

Monday, December 21, 2009

Seribu satu cerita disebalik tempahan ini

Aku menerima tempahan kek ni dah dua minggu awal,untuk meraikan 'hari kelahiran' seorang kawan...nak mencari buah strawberry punyalah susah,maklumlah hari jumaat hujan lebat 'mungkin pokok stawberry semua dah ditenggelami banjir...'.Waktu lunch time aku p cari kat Giant Bayan Baru(alahai semuanya tak come) aku pujuk hati nanti waktu balik P cari kat Sunshine ...mungkin ada kot...bila pi Sunshine,rak yang selalu ada buah stawberry kosong...WAWAWA...mana nak cari ni...patahbalik P Giant,aku ambik saja yang ada..tak "come" tapi tawakal saja.
Ambik Adam,dia demam...balik baru nak mula nak ayak TEPUNG,Adam merengek nak sup Ayam laa,nak makan burger laa,nak ubat laa...Layan dia dulu pukui 10 baru mula ayak tepung,nak tunggu masak,sejuk deko...tidur pukui 2pagi...AZAN SUBUH pun aku tak dengaq...hahaha






Sunday, December 20, 2009

Soalan yang .....

Salam...dah lama aku tak cerita pasal anakku ADAM...
Kelmarin petang waktu aku dok layan dia tengok cerita "DIBO" tetiba dia tanya"IBU SAPA Yang BAGI JADI KITA""ALLAH yang bagi jadi kita"Lepastu dia tanya lagi"Kenapa dia jadikan kita?""Sebab dia suruh kita jadi baik...dengaq cakap ibu...duduk diam-diam,makan nasi...ikut cakap TOKLANG"(Aku cuba terangkan seringkas yanag boleh dan setaraf dengan Umurnya 4 tahun,supaya dia senang paham) DIA tanya lagi"Allah sayang ADAM ka?""Sayang laa"DIa tanya lagi "Allah sayang Ibu ka?" "Sayang laa sebab tu lah kita masih ada kat sini""Kalau macam tu mesti Allah tak sayang bapak sebab tu bapak takdak kat kita".AKu terdiam,bukan tak mampu nak jawab tapi aku cuba selami hati dia..Wahai Anakku..suatu hari nanti kau akan mengerti jua tampa perlu bartanyakan sesiapa...Sesungguhnya IBu Amat menyayangimu...

Wednesday, December 16, 2009

KEk Marble ,CMC & Pandan Mable

Aku menerima tempahan kek Marble tapi tuan empunya mintak gunakan butter cap tong..ternyata bila kita menggunakan butter yg mahai dan berkualiti ni hasilnya memang di luar jangkaan .Wangi...lembut...halus ...lemak...pendek kata memang sedap,makan tak boleh nak stop...Panjang kata sapa nak rasa tu order laa.TAK RUGI!!!! GERENTI !!!!




SIZE :8"
Harga : RM35.00(butter cap tong),RM25.00 (buttercup)

Ini Pulak KEK PANDAN CHEESE...Kalau masuk cheese ni memanglaa sedap.Pelanggan mintak yang kosong tampa dihias buttercream




SIZE :5"
Harga :RM 20.00

Kek ni tak payah cerita panjang...tempahan ulangan dari seorang sahabat...

Thursday, December 10, 2009

Kek Perkahwinan 2 tingkat

Ni tempahan dari Sha...untuk majlisnya,Terima kasih.












KEK 8" = KEK Marble orange & Vanilla
KEK 5" = KEK Coklat MOist
Harga = RM 130.00 ((+ Rm 15.00 untuk anak patung)

Thursday, December 3, 2009

KURSUS CUPCAKE & CHEESE CAKE



SEKALI LAGI KURSUS DIADAKAN DI BAYAN BARU

Antara Tempahan kek sepanjang bulan Oktober & November







JENIS KEK : CHOCOLATE MOIST KEK
BERAT :1KG(Buttercream & Edible image)
HARGA promosi : RM50.00(harga asal rm65.00)




KEK HANTARAN PERTUNANGAN SEPUPUKU






HASIL DARIPADA BUNGA COKLATKU DULU


KEK KAHWIN BAHAGIAN ATAS..nak dihiasi dengan fresh white roses tapi aku lupa laa tangkap gambaq yg dah siap....'kelangkabutlaa"

Kek Hantaran Perkahwinan

Kek ni ditemapah oleh Sahabatku Farisha sempena majlis IJABKHABULNYA..

JENIS KEK :PANDAN SLIDE CHEESE
BERAT :1.2 KG (Dihiasi dengan freshcream & strawberry segar)
HARGA :RM 85.00



Monday, November 23, 2009

Hari ni aku tukar header baru...walau macam mana pun aku takkan melupakan header lama kerana ianya direka khas oleh seseorang yang budinya aku takkan lupa seumur hidupku....


Thank You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Seni itu subjektif



Ni Hasil kerjaku berteraskan minat...berpaksikan sedikit nota...terungkailah sekuntum bunga...walaupun kurang cantik TAPI "seni itu subjektif"









Thursday, November 19, 2009

Dalam Cangkir Rasa

Dalam Cangkir Rasa
Apa yang kau minum,
dalam cangkir rasa?
Mengendap di hati lelap
Jangan kau teguk sebelum diaduk
Biar manis sampai habis
Cinta akan larut dalam lubuk
Minumlah barang seteguk,
jangan sampai mabuk
Rasa akan semanis madu
Kental akan rasa rindu

P/S AKu baca sajak ni dalam satu blogs terus minat...sampai ke lubuk hati

Duit

HAri ni bila ku baca blogs 'diknun' tentang duit..aku pun nak mengomen gak"ada kaa ayat mengomen".hentam sajalah labu..
Siapa kata rakyat Malaysia BOROS...takaiiih,yang aku dok perati kebanyakkannya kengkawan aku...jiran aku semuanya berbelanja untuk keperluan sahaja ...itupun tak cukup.Kalau p market(pasar)..bili ikan,sayoq untuk 2 hari masak dah abih 50 ringgit...
Dulu jiranku jarang beli toge(taugeh) untuk masak..kalu nak buat mee atau bihun baru beli tapi sekarang menu toge dah jadi menu mingguan dalam seminggu tu mesti ada masakan toge...cuma cara masak jer lain...sardin cap ayam pun dah mahai.
Aku setujulah dengan kata pak menteri gaji bawah rm1500.00 tu dah di tahap kemiskinan...tapi macam manalah nak berjimat,nak taman sayoq pun dok umah sarang burung merpati...au dah cuba taman pokok cili dlam pasu elok jer naik...balik kerja saja tengok dah terbalik ...bebudak flat main bola...HANCUSS pokokku

Tuesday, November 17, 2009

Kek Fondant kosong

Kek ni ku sediakan untuk seorang sahabat yang ingin membuat hantaran.dia nak kek fondant kosong untuk diletakkan freshflower...rose merah..Pasti cantik dan romantik...dapat bayang sajalaa,sebab kek ynag dah siap digubah aku takdak gambar...






KEK KUNCI 2






Tempahan sepanjang Bulan October...memang mencabar menyiapkan kek waktu bekerja...kena pandai susun planning,bila nak buat kek,nak deco kek.penat giler..tapi puas hati sebab pelanggan suka...kalau berminat nak tempah call laa 013-4914578,hanya 95 ringgit sahaja.. berat kek hampir 2kg....mewah dengan buah-buahan...














Kek Coklat Strawberry

Tempahan ke 5 kek coklat" stoberry"...tapi ynag ni jer yang sempat aku ambik gambaq gan kamera ensetku.
Dilimpahi dengan parutan coklat mewah yang pasti memikat rasa....Kalau teringin orderlaa...Call 013-4914578












Thursday, October 29, 2009

Saturday, October 10, 2009

Sumber kekuatan jiwaku

Suka laaa gambar ni

Syawal kian berlalu....






Syawal tampa mak.... melalui saat itu hanya ALLAH saja yg tahu....



hanya kecerian permataku sahaja membuatkan aku tersenyum....



ADAM....IBU SAYANG SANGAT KAT ADAM.....






Thursday, September 10, 2009

RAYA OH RAYA

Salam.....


Ramadhan dan semakin meninggalkan kita ...Syawal pulak makin hampir...


Semua orang ada target dan impian sendiri sewaktu menyusuri bulan ramadhan dan bila tiba Syawal plak macam-macam impian...tapi bagi aku dn adik beradik aku semakin tiba Syawal semakin hati ini pilu...


menyentap kalbu...buat pertama kalinya kami kan beraya tampa insan yang paling kami sayang...MAK...MAK...MAK..


Aku sebagai kakak sulung dari 1ramadhan lagi terdengar rengekkan adik-adikku..."kak..cheq rindu kat mak!"..."Cheq nak mak...cheq takmau raya".."aku selalu kalau raya mesti rancang mcm -mcm dengan mak,pi shopping kat pekan sari pun gan mak,tahun ni taktau mcm mana aku nak laluinya"....DAN selalu aku pesan "semua kita rasa ...rindu ,sayang, menyentap hati sanubari..,banyakkan doa baiq mak tenang kat sana...""mak kan insan yang paling baik"


Tahun ni aku akan rindu suara mak yang riuh suruh siang segala bawang ,halia ,daging,serai ,lengkuas,buat kerisik,tanak pulut,Balut ketupat....Bising adik-adikku bergaduh sayang untuk kacau dodol,sebab tahun ni kami tak akan kacau dodal lagi...tak mampu takut lebih banyak air mata rindukan mak akan tumpah...malamnya dia akan bising suruh kami tukar segala kain langsir...sarung kusyen dan segala jenis alas...abih semua yang disimpan dalam almari dibawaknya keluar...SESUNGGUHNYA AKU AMAT RINDUKAN NYA...


YA ALLAH KAMI TERIMA SEGALANYA...KAMI BERSYUKUR KAU KURNIAKAN KAMI MAK YANG PENYAYANG..KAU BERIKAN KAMI MERASA KASIH SEORANG IBU WALAUPUN HANYA SEBENTAR...AKU BERSYUKUR....