Friday, October 29, 2010

doll cakes & cheese cakes....

Salam..lamanya tak update,bukannya bizzzzy tapi tak dak benda nak cerita,Aku lebih suka update kat facebook sbb cepat & senang
Dah lama tak buat kek Anak patung...selaunya dok buat guna fondant tapi kali ni buat guna buttercream..memang aku tak pernah attend mana-mana class pun utk doll kek ni tapi alhamdullilah dpt JADI gak...





Thursday, July 8, 2010

tempahan CUP KEK

TEMPAHAN CUPKEK HANTARAN







lagi GAmbaq b'day Adam

LAyaaan




SAmbutan bufday ADAM yg ke 5

Puas hati...Alhmdullilah...lega tengok anak aku senyum dan happy saja hari tu...
Kalau esok bila dia dah besaq dan pandai memahami...cuma satu ja yg aku nak dia tau...Ibu amat sayangkan ADAm..tak terucap & ternilai ADAm di hati Ibu...terima kasih sebab temankan Ibu hadapi segala dugaan...Buat ibu tersenyum walaupun hati ibu selalu menangis..."





Friday, June 25, 2010

kek kahwin 3 tingkat

Bersyukur kerana dapat menyiapkannya...walaupun banyak halangan,Sangat tak berpuas hati pada kualiti gambaq,hanya mengunakan kamera handset








Tuesday, June 22, 2010

KEK yg Membuatkan aku Bahagia...

Salam...Tak dapat dinafikan bila aku mula melepa kek ,merias kek....aku seakan akan lupa tentang keadaan sekeliling,qalit menguli ,melepa kek....Jika aku ada tempahan yg bertindih aku selalu tinggalkan aDAM pada TOklangnya semalam dua...menahan rindu padanya sebab aku takut bila aku qalit dengan kek aku lupa siapkan makan untuk anakkku...
Jom tengok Gambaq-gambaq kek sepanjang bulan JUNE





Sunday, May 16, 2010

KEK HAri Ibu

Tempahan Kek HAri Ibu & Kek Perkahwinan..Percubaan pertama membuat BUNGA ROSE dari Gananche...menjadi tapi kena praktis banyak lagi ni...






KEK BUAH CHEESE & Ganache RM40.00
Lemak & kurang manis sesuai untuk para ibu & bapa...

KEK PERKAHWINAN




Monday, April 12, 2010

Senarai harga Kek TIFAAYU

CMC with ganache & Strawbery
8" bulat RM55( berat anggaran dalam 1.2kg)
5" bulat Rm35(berat anggaran dalam 800g)

with Ganache & coklat parut@rice
8" bulat RM40
5" bulat Rm25

Choc Moist Cake 9" = RM 55.00
Topping Choc Ganache + BC + Edible Image @
Vanilla Sponge Cake + Layer Strawberry Filling
Topping BC + Edible Image


Chocolate moist cake

OREO CHEESE KEK
5" Topping Choc Ganache RM35,


PLAIN BUTTER CAKE @ MARBLE RM 25.00
Menggunakan butter capTONG

Sunday, April 11, 2010

Kek D'CELAh Hujan

Kek ni aku ambik time Lunch hour...aku merempit balik rumah...waktu keluaq dari tempat kerja hujan...lencun habih baju...bila samapi rumah aku panas terik laa pulak..tak kisahlaa janji kek pelanhanku selamat




Saturday, April 10, 2010

Tambah Ilmu


Salam...
Sebenarnya aku dah lama tak pi belajaq untuk tambah skill dalam bidang bakery ni..aku kecewa kerana pernah pi belajaq dengan seorang yg 'sifu' tapi apa yang aku harapkan tak dapat..sifu ni takdak persediaan langsung,hari nak belajaq laa dia baru nak print resepi,baru nak cari tool,nak cari kaler utk BC..aku jadi fobia..menghabiskan wang ringgit,tenaga,masa tapi tak dapat apa yang aku inginkan.,teknik belajaq pulak main hentam saja.
Selepas tu aku bertekad,kalau nak sambung belajaq bairlah jauh asalkan puas hati dan berbaloi,ingat senangka nak keluarkan duit untuk yuran & tambang.
Korbankan masa,tinggalkan anak &tambah extra charge untuk orang mengasuh anak lagi..
Berbaik pada class wedding kek ni..aku dan seorang 'kakak' sanggup merentas baribu batu untuk belajar di Canglun ,berguru dengan RAni.Kami dah tertawan & tergoda dengan bunga-bunga rosenya...Alhamdulillah,tak mengecewakan..seronok belajar dengan pelbagai tips dan suasanaya pun selesa.Balik walaupun dalam suasana sejuk sebab sepanjang lebuhraya hujan lebat kami masih boleh lagi tersenyum PUAS..BERBALOI-BALOI









Saturday, April 3, 2010

????

Aku taktau nak letak tajuk apa...aku terima tempahan kek ni disaat aku dah ketandusan idea dan lemas dalam masalah aku sendiri..tak tau nak hias mcm mana..tapi lepas hias aku puas hati dan tuan punya kek pun suka...yg best waktu order dia kata"ayu buatlah mcm mana pun janji kek cekelet...NAk KEK CEKELET...harap kek ni dapat menceriakan lagi keluarganya...







"komen darinya..Puas hati laa kek macam tu dari yang kedai"Aku LEGA....ALHAMDULLILAH
sorry laa gambaq memang tak clear...guna kamera endset cap ayam jer