Friday, March 12, 2010

KEsabaran & Jangan Putus Asa

Salam...Dah lama aku tak update blog...bukannya takdak tempahan kek ada..tapi selalunya aku lupa nak tangkap gambaq...Mood nak menulis pun takdak...aku terlampau mengikut arus kata hati...
Kali ni aku terima tempahan dari kak G,dia nak kek aising tetapi memandangkan dia order petang dan nakkan Kek esok pagi..jadi aku tak sempat nak mencari bahan-bahan untuk aising,kalau untuk bahan buat kek sentiasa ada di rumah.Aku cadangkan untuk buat kek coklat dan dia bersetuju...Lega
Untuk menghasilkan sebiji kek ni bukannya mudah,walaupun hanya sebiji kek coklat..mungkin kauorang ingat mudah sekadar pukui teluq lepastu campurkan semua bahan & BAKAQ..SIAP.HIAS.
Untuk menghasilkan sebiji kek (pandangan akulaa)memerlukan kesabaran yang tinggi,mood yang baik,RAJIN.Basuh teloq,ayak tepung,sukat,blaaaaa....sampai siap bakaq lepastu kena tunggu pulak proses sejuk kek baru boleh hias..memakan masa tau
Untuk kek KAK G ni aku menghadapi cabaran sewaktu nak menghias..Ganache yang aku sediakan tertumpah semangkuk..salah aku jugak letak mangkuk tak tengok tempat,sangkakan letak atas meja rupa-rupanaya hanya atas alas meja sahaja..apalagi tumpahlaa kelantai..Aku mula gabra,mana tak gabra jam dah pukui 11 mlm dah.mana ada kedai bahan kek bukak..aku mencari alternatif lain..aku buat gananche mengunakan bahan-bahan ynag ada dirumah..susu pekat,serbuk coklat,tepung jagung.Alhamdullillah jadi.LEgaa
Aku terkenanag kembali sewaktu aku belajaq buat kek dekat CIKGU ZATIDHATI..perkara ynag sama gak jadi kat kek aku..kek aku hilang rupa superman & kakzati kata jangan patah semangat,kita iktiaq...Dengan kesabaraan aku dan kakZati perbaiki kek seperman 3D tu,kami hias dan hasilnya..cantik..siapa sangka kek yang takdak rupa superman jadi secantik itu selepas dihias..



KEK KAK G