2010-01-04 adalah hari yang telah banyak mencipta sejarah dalam hidup aku...Mengalir ayanq mata bila tengok Adam mula bersekolah..tak terasa penat lelahku membesarkannya.Hanya Allah & Keluargaku sahaja yang tahu cabaran yang aku tempuhi unutk membesarkannya...
ADAM,Walau apapun orang cakap kat Adam"ADAm Buaih kaa,dok tak diam kaa,tak makan saman kaa..."IBU tetap sayang kat ADAM...
Bila Adam dah start sekolah ni,jadual aku pun terus berubah,setiap pagi bangun buat bekal untuknya.Malam pulak check bag dia.hahaha hari-hari pencil mesti hilang.hari pertama pencilboxnya penuh segalanya.hari ke-2 hilang pemadam & pencil.hari ke-3 hilang pencil.hari ke-4 semuanya hilang,bawak balik pencilbox sahaja..
Bila tanya"mana P semua pencil,pemadam,pembaris????" dengan selambanya dia kata"kawan Adam ambik,depa suka barang Adam,jadi Adam bagi ja kat depa".Anak ku ini memang pemurah dari dulu sampaila laani...tak boleh nak ubah dah,warning p laa lagumana pun dia tetap akan bagi barangnya kat kengkawannnya.tak kiralah makanan kaa,mainan kaa,...ADAM!ADAM!
No comments:
Post a Comment